Thursday, December 23, 2010

kak ngah yang sangat su sayang

sekian lama x de entry, maknanya tuan tanah sangat sibuk.



banyak benda yg berlaku. kakak yg tinggal berdua dgn tokma mendapat serangan kedua sakit lamanya. adik ipar kesayangan pulak mendirikan masjid dengan pilihan hati. dan di tengah2 kesibukan2 itu, anak buah yang baru berusia 18 thn dijemput pulang oleh Nya.



nur hafizah.. x ada kesan sakit di hati yg mampu aku cari terhadap insan ini.dia begitu istimewa dihati kami. namun sayang kami pada dia tak terlawan dgn sayang Pencipta padanya. hanya 18 tahun,namun kasih sayang pada kak ngah sangat tebal dan kukuh.


hanya sakit perut 4 hari, kak ngah pergi dengan senang mengadapNya. tinggallah kami dengan segunung rindu yg takkan mampu terhapus.


sehari sebelum pergi, dia meluah rasa pada bondanya " sakit sangat perut kak ngah ni mak, kalau tuhan ambik nyawa kak ngah pun kak ngah redha mak.."

andai su dapat menelah itu tanda kak ngah memang akan pergi..


tak siapa menduga, sakit yg di katakan doktor selama ini sebagai angin dan gastrik rupanya tanda ada karang dalam hempedu. sakit di akhir hayat rupanya akibat hempedunya pecah. apakan daya, kita hamba yg lemah tak mampu menolak takdirNya. begitulah rencana Allah, apabila sampai masanya, tak kan terlewat walau sedetik. walau berkali2 keluarga membawa kak ngah ke hospital dan klinik, tuhan menutup punca sakitnya dan jalan sembuh tidak terlihat. semuanya kerana masa kak ngah sudah sampai.

bondanya pengsan berkali2, ayahanda tak berhenti meraup muka. kakanda sulung bertanya2, benar kah 'kak ngah'nya yang diturunkan ke lahad.

aku, ibu saudara.. berbeza 14 tahun dgn kak ngah. sedari kecil dia rapat dengan aku. meningkat remaja, selesa menjadi kawan baik. pandai bermanja dan berjasa..

kak ngah, damai dan tenanglah disana sayang.



P/S : seminggu sebelum kak ngah pergi, aku bermimpi ~ mendukung baby kecil berbaju putih. menghantarnya pada seseorang yg berhak, tapi tak tahu siapa. dia tersenyum gembira kala melihat 3 orang yg menunggunya di jendela, sedang aku merasa sangat sayang dan tak mahu melepaskan..





6 comments:

makcikrehan said...

Bergenang air mata aku Tini. Al-fatihah untuk kak ngah. Semoga berada bersama para solihin.

.::ThETottOYs @ m'ma::. said...

sedih nya tini..Al-fatihah untuk kak ngah, moga diri nya dtempatkan dsamping org2 beriman.. amin.

4 u... be strong n calm, setiap dugaan pasti ada hikmah nya..

norulaina said...

last week ada dgr slot ikim n ustaz dato' hassan din pasal persiapan kita dgn org2 tersayang sekeliling anda kita dh tiada... hubungan kita dgn arwah tetap subur andai selalu kita letakkan Allah penghubung kita dan arwah.. insyaAllah hubungan suci itu kekal dan abadi selamanya..

takziah untuk k.tini.. tabahlah dan yakinlah bahawa arwah n k.tini masih ada hubungan bila letakkan Allah sbg jalan penghubung di tengahnya..

tini said...

>>> all :

terima kasih semua

ieda said...

alfatihah buat arwah & salam takziah buat seisi keluarga.
amat jarang sekali remaja menghidap batu karang pada hempedu.apa pun mmg semua ketentuanNya.

MuizMuaz said...

al-fatihah..kita bru pas operate buang hempedu buang batu karang..
takziah..