salam!
lamanya menanggung rindu kat blog ni & blog kawan2.. hidup rasa macam terpusing 10 tahun terkebelakang (kalau muda blk ok gak) tanpa internet.
kisah blog ni terhenti di episod bday anak lelaki pujaan hati, satu entry selepas entry luahan perasaan. al kisahnya, selepas itu, hidup sudah berubah..
x lama selepas tu, aku dpt berita, kakak tersayang yg sakit, jatuh dan semakin sakit. dia lah kesayangan kami semua, malam tu jugak aku dan kakak di klang balik kampung. it was 2 weeks b4 school holidays, dan en kyme pulang ke seremban sorang diri selepas itu.
kakak semakin baik, dan aku mengambil masa berehat dan bersenang hati di kampung sampai la aidil adha.
selepas raya haji, aku n anak2 pulang ke seremban bsama en kyme. moga rajuk yg reda sejuk selamanya, moga pelajaran yg dipelajari kekal diingatan berkekalan.
atas nama cinta dan kasih sayang, dua permata hati lahir ke dunia, demi dua permata hati ini, kami pujuk hati kembali mencari sakinah yg hilang dalam ghairah kami.
siapalah kami untuk berkata saling cinta dan sayang tanpa rela diuji. siapalah kita untuk menolak ingatan dari Yang Maha Mengasihi.
apa pun, di masa nafas sesak dan dada sempit, Allah menghantar hambaNya yg mengingatkan. sungguh, aku bersyukur dan berterima kasih.
KAMU, terima kasih. sentiasa bersama saat2 aku lemas dan susah. sungguh, aku sayang kamu sangat2! pemberian yg ini akan aku pegang sampai mati ;
LIFE IS TOO SHORT TO WAKE UP WITH REGRETS.LOVE THE PEOPLE WHO TREAT YOU RIGHT.LOVE THE ONES WHO DON'T JUST BECAUSE YOU CAN. LOVE YOUR FAMILY.BELIEVE EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON. IF YOU GET A SECOND CHANCE, GRAB IT WITH BOTH HANDS. IF IT CHANGES YOUR LIFE, LET IT. KISS SLOWLY. FORGIVE QUICKLY. ALLAH NEVER SAID LIFE WOULD BE EASY. HE JUST PROMISED IT WOULD BE WORTH IT.DONT WAIT TO START A NEW LIFE, START NOW. AND ONLY YOU CAN HELP YOURSELF. BE STRONG AND CARPE DIEM.
walaupun aku kn google cari carpe diem, but it worth the time spent.
selamat tahun baru buat semua, moga tahun ni dan seterusnya membawa cahaya bahagia buat kita!
